Friday, October 8, 2010

Presiden Kecewa Dengan KBS

GEORGETOWN- Presiden Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia, Raja Aziz Laksamana Khoja Andak melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang dilihat bersikap berat sebelah dan memilih.


Raja Aziz yang juga naib presiden Persatuan Sukan dan Kebudayaan Antarabangsa (ISCA) berkata, pihaknya pernah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada KBS untuk melaksanakan beberapa program namun jawapan yang diberikan amat mendukacitakan.


Terbaru, Raja Aziz dijemput untuk menghadiri Kongres Sukan Untuk Semua dan Mesyuarat Agung Tahunan ISCA di Frankfurt, German pada 20 hingga 24 Oktober akan datang.


Menurut Raja Aziz, pertubuhanya merupakan satu-satunya persatuan dari Malaysia yang akan menyertai kongres itu bagi membincangkan pelbagai isu berkaiatan dengan pembanggunan sukan dan kebudayaan dunia.


“Dua kali saya menghantar surat permemohonan bantuan kepada KBS bagi menampung kos perjalanan kami ke sana namun apa yang mengecewakan permohonan yang dibuat itu ditolak dengan alasan yang tidak munasabah.


“Saya amat terkilan dengan sikap KBS kerana menolak permohanan kami. Kami pergi ke sana bukan tujuan untuk melancong atau bersuka ria tetapi membawa nama Malaysia ke mata dunia,”katanya ketika ditemui.


Menurut Raja Aziz, untuk ke German, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM 15,000 untuk tiket penerbangan serta penginapan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa lagi bantuan walaupun beberapa permohonan telah dilakukan


“ Hanya Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan sahaja yang memberikan maklum balas yang positif namun saya masih belum menerima bantuanya lagi.


“Pertubuhan saya adalah badan bukan kerajaan (NGO) dibawah naungan KBS sendiri dan kami telah bergiat aktif dalam sukan silat di negara ini bukanya baru setahun dua KBS sepatutnya memberikan perhatian sewajarnya kepada permohonan kami kerana ia bukan untuk kepentingan kami sahaja malah untuk perkembangan sukan negara,”katanya.


Raja Aziz berkata,pada 2007 sewaktu KBS di bawah pimpinan Datuk Azalina Othman Said , Malaysia sendiri pernah menjadi tuan rumah kepada kongres itu dan beliau berbangga kerana banyak negara luar yang memuji dengan penganjuran Malaysia.


Menurutnya lagi, bagi memenuhi jemputan itu, beliau bersama ahli-ahli pertubuhan terpaksa membuat kutipan derma selain mencari dana-dana daripada pihak yang prihatin.

Raja Aziz berkata, walaupun terpaksa melalui kesukaran ini, beliau akan sedaya upaya mempromosikan keunikan budaya Malaysia ke mata dunia dengan harapan dapat menaikan nama negara sebagai negara yang unik dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.


Kepada orang ramai yang ingin memberikan sumbangan,boleh berbuat demikan dengan menghubungi bendahari pertubuhan di talian 016-9818728 atau akaun Maybank 014141413375 di atas nama Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia.




Raja Aziz bersama Cikgu Kamarudin menunjukan surat dihantar KBS yang menolak permohonanya.