Wednesday, June 30, 2010

Terima Kasih Semua...

Sekalung Penghargaan Di Ucapkan Kepada:
1. Ahmad Shafuan Bin Abdul Razak (Juri)
2. Solihin Bin Abu Hassan (Juri)
3. Cik Farah (Unit Photo)
4. Abg PA Sistem....
5.Wan Talapia (Nago Sostro)
6.Yunus MD Yussof (Nago Sostro)
7. Syahril (Panji Semerang)
8.Shamsul Ariffin (Panji Semerang)
9.Cikgu Rosman (Panji Semerang)
10.Lod (Panji Semerang)
11.Azizi (Panji Semerang)
12. Pak Lang (Naga Sostro)
13.Abg Zul (Naga Sostro)
14.ZUl ACMS And The Gang......
15. Mama Lea....
16. Mr Kho (JBS PP)
16. Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...
Terima Kasih atas jasa dan kerjasama tuan2 dalam menjayakan
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
dan Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang....
Semoga Allah Merahmati Anda.....Amin
Ikhlas dari: Laksamana 1 Mohd Iskandar Othman

Monday, June 28, 2010

Sekitar Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri 2010 Helang Putih Pulau Pinang






















Naga Sastro Tepati Ramalan,Panji Semerang Janji Gegarkan Gelanggang Tahun Depan..










BATU KAWAN- Licik dan tangkas, itu yang dipamerkan oleh peserta-peserta yang menyertai kejohanan seni mempertahankan diri peringkat negeri yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia cawangan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri di Stadium Batu Kawan sabtu lalu.

Enam acara yang dipertandingkan menyaksikan 80 penyertaan daripada pesilat-pesilat dari seluruh negeri berentap bagi melayakan diri ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 22 Julai nanti di Ipoh, Perak.


Menjadi adat menang dan kalah dalam setiap siri pertandingan, Pasukan Naga Sastro dari gelanggang Kampung Parit Kasa membolot lima emas dari enam acara yang dipertandingkan menewaskan pasukan lawan iaitu pasukan Panji Semerang .

Jurulatihnya, Noor Irwan Mohd Nor berkata, semangat juang dan tidak mudah putus asa yang ditunjukan oleh anak didiknya akhirnya terbalas setelah berjaya menewaskan kumpulan lain dalam kejohanan ini.

" Mereka menunjukan semangat yang luar biasa sewaktu menjalankan latihan malah perasaan tidak jemu melakukan rutin latihan setiap hari memberikan keyakinan kepada saya bahawa anak-anak buah saya mampu memberikan khabar gembira kepada pasukan kami.

“ Saya berharap semangat ini akan dibawa pesilat untuk ke kejohanan kebangsaan yang akan kita hadapi pada bulan hadapan.”katanya yang ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan itu.

Sementara itu, bagi jurulatih pasukan Panji Semerang, Shahril Anuar Mat Halili berkata, kekalahan pada kali ini memberikan cabaran kepadanya untuk memperbaiki kelemahan pesilat dalam pasukanya.
Jelas beliau, faktor pesilat muda dan baru yang ditampilkan kumpulanya gagal menarik perhatian juri walaupun pesilat-pesilat telah melakukan yang terbaik pada kejohanan itu.
“ Saya akur dengan keputusan juri,bagaimanapun ia akan menjadi pengajaran kepada pasukan kami agar lebih bersedia menghadapi pertandingan.

“ Walaupun tewas ia tidak mematahkan semangat pesilat-pesilat, saya yakin mereka akan lebih kuat dan tekun menjalani latihan dan seterusnya merebut takhta juara pada tahun hadapan,katanya.

Kejohanan seni mempertahankan diri peringkat negeri yang diadakan bersempena hari belia peringkat negeri pada sabtu lalu dirasmikan oleh pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Abd. Jalil A.Rashid.

Thursday, June 17, 2010

Helang Putih Anjur SMD Peringkat Negeri..



GEORGETOWN- Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Helang Putih Pulau Pinang akan menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri (SMD) peringkat negeri bagi mencari atlit yang akan mewakili negeri itu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Julai nanti di Ipoh, Perak.



Ketua bahagian kejurulatihan, Muhammad Na’im Fitri Abu Bakar berkata, seramai 10 orang akan dipilih dalam pertandingan yang akan diadakan pada 26 jun ini di Stadium Batu Kawan untuk membawa bendera negeri ke kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu.



“ Kita memilih tarikh itu kerana pada masa yang sama juga akan berlangsungnya sambutan hari belia peringkat negeri pulau Pinang. Jadi dengan kesempatan itu pihak pertubuhan telah memilih tarikh yang sama bagi memeriahkan lagi kejohanan dan dalam masa yang sama juga para pesilat juga boleh turut serta dengan sambutan hari belia yang diadakan nanti.



“ Dalam kejohanan itu nanti, kita akan pertandingkan lima acara iaitu acara seni tari putera dan puteri, tempur bersenjata, buah pukul, persembahan seminit dan tempur Laksamana Bentan.” Katanya yang ditemui dalam majlis perasmian pusat latihan negeri persatuan itu disini, semalam.



Na’im berkata, pada kejohanan kali ini pasukan Pulau Pinang mensasarkan lima pingat emas, lima pingat perak dan lima pingat gangsa dalam usaha menebus kekalahan teruk pada tahun kejohanan lepas di Kedah.



Ditanya mengenai pemarkahan yang akan dinilai dalam kejohanan itu nanti, Na’im berkata para juri akan menilai dari beberapa sudut dalam mencari pesilat yang betul-betul layak mewakili negeri dalam kejohanan di peringkat kebagsaan nanti.



“ Kita akan menilai pesilat-pesilat melalui ketangkasan mereka bermain buah pukul, kecekapan mereka bermain senjata dan keserasian langkah dalam seni tari. Selain itu penguasaan gelanggang juga antara elemen yang akan dilihat dalam pemarkahan oleh juri



“ Kita berharap pesilat-pesilat sudah melakukan persediaan rapi sebelum menjelang pertandingan yang hanya berbaki beberapa hari lagi. Dengan persediaan yang rapi saya percaya pesilat dapat mempamerkan aksi yang hebat seterusnya dapat meyakinkan juri dan pihak kami bahawa sasaran pingat pada kejohanan kali ini bukanlah mustahil untuk dikecapi”.katanya



Sementara itu Na’im juga menyeru orang ramai supaya hadir ke Stadium Batu Kawan pada 26 jun ini bagi memeriahkan lagi sambutan hari belia peringkat negeri Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga menjemput orang ramai supaya bersama-sama memberi sokongan kepada pesilat-pesilat yang akan bertanding pada kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada hari yang sama nanti.



Sumber-Sinar Harian

Lulus Ujian Kenaikan Aras...


Alhamdullilah....
Kesemua anak-anak Helang Putih Pulau Pinang telah lulus ujuan kenaikan aras dari aras asas ke aras satu...Diharapkan anak-anak Helang Putih Pulau Pinang semakin bersemangat untuk mempelajari ilmu silat ini dengan memakai tali pinggang hitam dua liss kuning...
Kami di pihak pengurusan cawangan negeri mengucapkan Jutaan Tahniah kepada Anak-Anak Helang Putih Yang Telah Lulus dengan Cemerlang.....

Teruskan Semangat Megat Terawis