Friday, October 8, 2010

Presiden Kecewa Dengan KBS

GEORGETOWN- Presiden Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia, Raja Aziz Laksamana Khoja Andak melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang dilihat bersikap berat sebelah dan memilih.


Raja Aziz yang juga naib presiden Persatuan Sukan dan Kebudayaan Antarabangsa (ISCA) berkata, pihaknya pernah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada KBS untuk melaksanakan beberapa program namun jawapan yang diberikan amat mendukacitakan.


Terbaru, Raja Aziz dijemput untuk menghadiri Kongres Sukan Untuk Semua dan Mesyuarat Agung Tahunan ISCA di Frankfurt, German pada 20 hingga 24 Oktober akan datang.


Menurut Raja Aziz, pertubuhanya merupakan satu-satunya persatuan dari Malaysia yang akan menyertai kongres itu bagi membincangkan pelbagai isu berkaiatan dengan pembanggunan sukan dan kebudayaan dunia.


“Dua kali saya menghantar surat permemohonan bantuan kepada KBS bagi menampung kos perjalanan kami ke sana namun apa yang mengecewakan permohonan yang dibuat itu ditolak dengan alasan yang tidak munasabah.


“Saya amat terkilan dengan sikap KBS kerana menolak permohanan kami. Kami pergi ke sana bukan tujuan untuk melancong atau bersuka ria tetapi membawa nama Malaysia ke mata dunia,”katanya ketika ditemui.


Menurut Raja Aziz, untuk ke German, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM 15,000 untuk tiket penerbangan serta penginapan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa lagi bantuan walaupun beberapa permohonan telah dilakukan


“ Hanya Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan sahaja yang memberikan maklum balas yang positif namun saya masih belum menerima bantuanya lagi.


“Pertubuhan saya adalah badan bukan kerajaan (NGO) dibawah naungan KBS sendiri dan kami telah bergiat aktif dalam sukan silat di negara ini bukanya baru setahun dua KBS sepatutnya memberikan perhatian sewajarnya kepada permohonan kami kerana ia bukan untuk kepentingan kami sahaja malah untuk perkembangan sukan negara,”katanya.


Raja Aziz berkata,pada 2007 sewaktu KBS di bawah pimpinan Datuk Azalina Othman Said , Malaysia sendiri pernah menjadi tuan rumah kepada kongres itu dan beliau berbangga kerana banyak negara luar yang memuji dengan penganjuran Malaysia.


Menurutnya lagi, bagi memenuhi jemputan itu, beliau bersama ahli-ahli pertubuhan terpaksa membuat kutipan derma selain mencari dana-dana daripada pihak yang prihatin.

Raja Aziz berkata, walaupun terpaksa melalui kesukaran ini, beliau akan sedaya upaya mempromosikan keunikan budaya Malaysia ke mata dunia dengan harapan dapat menaikan nama negara sebagai negara yang unik dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.


Kepada orang ramai yang ingin memberikan sumbangan,boleh berbuat demikan dengan menghubungi bendahari pertubuhan di talian 016-9818728 atau akaun Maybank 014141413375 di atas nama Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia.




Raja Aziz bersama Cikgu Kamarudin menunjukan surat dihantar KBS yang menolak permohonanya.

Thursday, August 19, 2010

Helang Putih Pulau Pinang Rangkul 2 Perak Dalam SMD 2010



Sekalung tahniah diucapkan kepada Team Helang Putih Pulau Pinang yang telah berjaya mendapat 2 pingat perak dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2010 yang diadakan di Ipoh, Perak
Tidak lupa penghargaan untuk Krew yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan Team Helang Putih Pulau Pinang ke Ipoh
1. Ahmad Shafuan Bin Abdul Razak a.k.a Abg Jiwang
2.Asrul Izwan Bin Tajol Ariffin a.k.a Abg Silambam
3.Mohd Yunus Bin MD Yussof
dan rakan-rakan dari Panji Semerang yang turun memberikan semangat....
Tahun depan kita akan berusaha lagi dalam menaikan semula nama
Pulau Pinang



Tahniah....

Warga PSSK (A) Helang Putih Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang
Mengucapkan Jutaan Tahniah Kepada Tiga 'Pendekar' Utara iaitu Saudara Syahril Anuar,Saudara Mohd Yunus dan Saudara Nor Irwan Kerana Telah Berjaya
Mencapai Aras Jurulatih Pada 6 Ogos 2010.Sekalung Penghargaan Juga Diucapkan
Kepada Laksamana 1 Mohd Iskandar, Laksamana 1 Muhamad Na'im Kerana Telah Berusaha Sedaya Upaya Membimbing Anak-Anak Helang Putih Di Negeri Pulau Pinang.Tidak Lupa Juga Kepada Tenaga Pengajar Semasa Krusus Jurulatih Di Hulu Langat iaitu Cikgu Rahim, Cikgu Zulhajizi, Cikgu Hisham dan Yang Paling Banyak Berjasa adalah YM Raja Aziz Laksamana Khoja Andak.Terima Kasih Kerana Dapat Meluangkan Masa dan Memberi Ilmu dan Pengalaman kepada Anak-Anak Helang putih Pulau Pinang.Semoga Jasa Anda Diberkati ALLAH S.W.T
Amin....

Wednesday, June 30, 2010

Terima Kasih Semua...

Sekalung Penghargaan Di Ucapkan Kepada:
1. Ahmad Shafuan Bin Abdul Razak (Juri)
2. Solihin Bin Abu Hassan (Juri)
3. Cik Farah (Unit Photo)
4. Abg PA Sistem....
5.Wan Talapia (Nago Sostro)
6.Yunus MD Yussof (Nago Sostro)
7. Syahril (Panji Semerang)
8.Shamsul Ariffin (Panji Semerang)
9.Cikgu Rosman (Panji Semerang)
10.Lod (Panji Semerang)
11.Azizi (Panji Semerang)
12. Pak Lang (Naga Sostro)
13.Abg Zul (Naga Sostro)
14.ZUl ACMS And The Gang......
15. Mama Lea....
16. Mr Kho (JBS PP)
16. Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...
Terima Kasih atas jasa dan kerjasama tuan2 dalam menjayakan
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
dan Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang....
Semoga Allah Merahmati Anda.....Amin
Ikhlas dari: Laksamana 1 Mohd Iskandar Othman

Monday, June 28, 2010

Sekitar Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri 2010 Helang Putih Pulau Pinang






















Naga Sastro Tepati Ramalan,Panji Semerang Janji Gegarkan Gelanggang Tahun Depan..










BATU KAWAN- Licik dan tangkas, itu yang dipamerkan oleh peserta-peserta yang menyertai kejohanan seni mempertahankan diri peringkat negeri yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia cawangan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri di Stadium Batu Kawan sabtu lalu.

Enam acara yang dipertandingkan menyaksikan 80 penyertaan daripada pesilat-pesilat dari seluruh negeri berentap bagi melayakan diri ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 22 Julai nanti di Ipoh, Perak.


Menjadi adat menang dan kalah dalam setiap siri pertandingan, Pasukan Naga Sastro dari gelanggang Kampung Parit Kasa membolot lima emas dari enam acara yang dipertandingkan menewaskan pasukan lawan iaitu pasukan Panji Semerang .

Jurulatihnya, Noor Irwan Mohd Nor berkata, semangat juang dan tidak mudah putus asa yang ditunjukan oleh anak didiknya akhirnya terbalas setelah berjaya menewaskan kumpulan lain dalam kejohanan ini.

" Mereka menunjukan semangat yang luar biasa sewaktu menjalankan latihan malah perasaan tidak jemu melakukan rutin latihan setiap hari memberikan keyakinan kepada saya bahawa anak-anak buah saya mampu memberikan khabar gembira kepada pasukan kami.

“ Saya berharap semangat ini akan dibawa pesilat untuk ke kejohanan kebangsaan yang akan kita hadapi pada bulan hadapan.”katanya yang ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan itu.

Sementara itu, bagi jurulatih pasukan Panji Semerang, Shahril Anuar Mat Halili berkata, kekalahan pada kali ini memberikan cabaran kepadanya untuk memperbaiki kelemahan pesilat dalam pasukanya.
Jelas beliau, faktor pesilat muda dan baru yang ditampilkan kumpulanya gagal menarik perhatian juri walaupun pesilat-pesilat telah melakukan yang terbaik pada kejohanan itu.
“ Saya akur dengan keputusan juri,bagaimanapun ia akan menjadi pengajaran kepada pasukan kami agar lebih bersedia menghadapi pertandingan.

“ Walaupun tewas ia tidak mematahkan semangat pesilat-pesilat, saya yakin mereka akan lebih kuat dan tekun menjalani latihan dan seterusnya merebut takhta juara pada tahun hadapan,katanya.

Kejohanan seni mempertahankan diri peringkat negeri yang diadakan bersempena hari belia peringkat negeri pada sabtu lalu dirasmikan oleh pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Abd. Jalil A.Rashid.

Thursday, June 17, 2010

Helang Putih Anjur SMD Peringkat Negeri..



GEORGETOWN- Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Helang Putih Pulau Pinang akan menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri (SMD) peringkat negeri bagi mencari atlit yang akan mewakili negeri itu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Julai nanti di Ipoh, Perak.



Ketua bahagian kejurulatihan, Muhammad Na’im Fitri Abu Bakar berkata, seramai 10 orang akan dipilih dalam pertandingan yang akan diadakan pada 26 jun ini di Stadium Batu Kawan untuk membawa bendera negeri ke kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu.



“ Kita memilih tarikh itu kerana pada masa yang sama juga akan berlangsungnya sambutan hari belia peringkat negeri pulau Pinang. Jadi dengan kesempatan itu pihak pertubuhan telah memilih tarikh yang sama bagi memeriahkan lagi kejohanan dan dalam masa yang sama juga para pesilat juga boleh turut serta dengan sambutan hari belia yang diadakan nanti.



“ Dalam kejohanan itu nanti, kita akan pertandingkan lima acara iaitu acara seni tari putera dan puteri, tempur bersenjata, buah pukul, persembahan seminit dan tempur Laksamana Bentan.” Katanya yang ditemui dalam majlis perasmian pusat latihan negeri persatuan itu disini, semalam.



Na’im berkata, pada kejohanan kali ini pasukan Pulau Pinang mensasarkan lima pingat emas, lima pingat perak dan lima pingat gangsa dalam usaha menebus kekalahan teruk pada tahun kejohanan lepas di Kedah.



Ditanya mengenai pemarkahan yang akan dinilai dalam kejohanan itu nanti, Na’im berkata para juri akan menilai dari beberapa sudut dalam mencari pesilat yang betul-betul layak mewakili negeri dalam kejohanan di peringkat kebagsaan nanti.



“ Kita akan menilai pesilat-pesilat melalui ketangkasan mereka bermain buah pukul, kecekapan mereka bermain senjata dan keserasian langkah dalam seni tari. Selain itu penguasaan gelanggang juga antara elemen yang akan dilihat dalam pemarkahan oleh juri



“ Kita berharap pesilat-pesilat sudah melakukan persediaan rapi sebelum menjelang pertandingan yang hanya berbaki beberapa hari lagi. Dengan persediaan yang rapi saya percaya pesilat dapat mempamerkan aksi yang hebat seterusnya dapat meyakinkan juri dan pihak kami bahawa sasaran pingat pada kejohanan kali ini bukanlah mustahil untuk dikecapi”.katanya



Sementara itu Na’im juga menyeru orang ramai supaya hadir ke Stadium Batu Kawan pada 26 jun ini bagi memeriahkan lagi sambutan hari belia peringkat negeri Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga menjemput orang ramai supaya bersama-sama memberi sokongan kepada pesilat-pesilat yang akan bertanding pada kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada hari yang sama nanti.



Sumber-Sinar Harian